BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Najip i-Team merapatkan kembali jarak
matanya dengan Indera SC kepada hanya dua mata setelah menang tipis 2-1
dalam pertarungan sengitnya dengan Jerudong FC.
Penyerang utama Najip i-Team, Mohd Azri bin Zahari membuka tirai
jaringan perlawanan di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara
Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu pada minit ke-19 untuk membawa pasukannya
mendahului 1-0.
Selepas jaringan itu, bola dikawal sepenuhnya oleh Jerudong FC namun
mereka sering hampa apabila setiap serangan yang dilancarkan gagal
membuahkan hasil akibat ketumpulan penyudah para pemainnya dan kecekapan
penjaga gol lawan, Fardillah bin Haji Md Ali.
Separuh masa kedua menyaksikan Jerudong FC terus mengekalkan momentum
serangan bertali arusnya sehingga akhirnya berjaya juga membolo-si
gawang kebal Najip i-Team pada minit ke-62 disumbangkan oleh Agus
Haryono untuk mengikat kedudukan 1-1. Detik
cemas di gawang Najip i-Team (kuning) dalam catatan kemenangan 2-1ke
atas Jerudong FC (merah) untuknya kekal memburu gelaran naib juara Liga
Super DST 2015.
Ketika perlawanan dilihat akan terus dikuasai dan dimenangi Jerudong
FC, Norfaez bin Sayang tampil selaku wira Najip i-Team apabila mengambil
peluang sepenuhnya di atas keterlekaan pertahanan Jerudong FC untuk
meledakkan jaringan kedua dan kemenangan Najip i-Team tujuh minit
sebelum perlawanan masa sebenar berakhir.
Tambahan tiga mata itu membawa kutipan mata Najip i-Team kepada 36
mata daripada 17 permainan, di belakang Indera SC yang sudah mengumpul
38 mata daripada 16 permainan.
Kemenangan itu juga memberi petanda tidak ada lagi pasukan di
bawahnya mampu memintasnya termasuk Wijaya FC yang kini mengumpul 28
mata dari 17 permainan di tangga keempat dan Tabuan Muda di tempat
kelima yang memiliki jumlah 24 mata daripada 15 permainan, sekali gus
mengesahkan kedudukan tiga teratas menjadi miliknya.
Hanya keputusan perlawanan terakhirnya dan keputusan dua perlawanan
terakhir Indera SC yang akan menentukan nasibnya memenangi tempat ketiga
atau pun naib juara Liga Super DST 2015.
No comments:
Post a Comment