TUTONG, 18 Nov – Izzul Wazzien bin Othman muncul wira apabila
membantu Kilanas FC mencatat kemenangan keduanya musim ini setelah
mengejutkan MS PDB dengan jaringan 2-1 dalam pusingan kedua Liga Super
DST 2015.
Separuh masa pertama perlawanan di Kompleks Sukan Tutong (KST) itu
berakhir tanpa jaringan dan begitu juga separuh masa kedua sehinggalah
pada minit ke-71 apabila Kilanas FC dihadiahkan sepakan penalti yang
disempurnakan oleh Izzul Wazzien.
Kemenangan seakan terlepas daripada genggaman Kilanas FC apabila MS
PDB berjaya membolosi gawangnya pada minit ke-83, juga menerusi sepakan
penalti yang disudahkan dengan baik oleh Lans Korporal 4828 Jasriman bin
Haji Johari untuk mengikat kedudukan pada 1-1. Izzul Wazzien (kiri, barisan depan) menjaringkan dua gol bagi membantu Kilanas FC menang 2-1 ke atas MS PDB di KST.
Namun semangat para pemain Kilanas FC kekal teguh untuk meraih
kemenangan yang terbukti dengan serangan-serangan bahaya dilancarkannya
sehingga berjaya menggegar gawang MS PDB menerusi sentuhan jaringan
kedua Izzul Wazzien pada minit ke-87.
Kemenangan itu tetap menggembirakan pegawai dan pemain Kilanas FC
walau nasib mereka sudah sah tersingkir daripada Liga Super DST musim
depan. Kilanas FC kini mengumpul enam mata dari 17 permainan, hanya
berbaki satu permainan saja lagi.
Kilanas FC kekal di tangga terbawah liga, tiga mata di belakang IKLS
FC di tangga kesembilan yang baru bermain 15 kali dan enam mata di
belakang Lun Bawang di tempat kelapan yang juga sudah bermain 17 kali.
No comments:
Post a Comment