Najip I-Team membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-19 hasil sumbangan Norfaez bin Awang Sayang, namun tiga minit sebelum rehat kedudukan terikat 1-1 selepas Petrus Jumat berjaya membolosi gawang Najip I-Team.
Separuh masa kedua terus berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berebut mendapatkan gol tambahan dan Lun Bawang memberikan kejutan pada minit ke-67 apabila Rainney Lius berjaya menemui sasarannya di gawang Najip I-Team untuk Lun Bawang pula mendahului, 2-1.
Walau bagaimanapun pendahuluan satu gol itu hanya sempat bertahan dua minit apabila Mohd Azri bin Zahari mengikat semula kedudukan, kini pada kedudukan 2-2, yang ternyata menjadi gol terakhir perlawanan, sekali gus menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mendapat satu mata sahaja.– Hasrulraizan

No comments:
Post a Comment