Search This Blog

Wednesday, March 23, 2016

Wijaya FC beri saingan hebat



BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Satu gol pada separuh masa pertama dan dua lagi pada separuh masa kedua berupaya memberikan Wijaya FC kemenangan 3-0 ke atas Jerudong FC dalam aksi Liga Super Brunei DST 2016.

Jaringan pertama Wijaya FC disudahkan oleh Suhaimi Anak Sulau pada minit ke-31 untuk memberikan pasukannya pendahuluan 1-0 yang kekal sehingga rehat.

Khalil bin Saab menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-76, manakala ketua pasukannya, Marhazif bin Ahad sempat menemui sasarannya di gawang Jerudong FC pada minit ke-90, untuk memuktamadkan perlawanan pada kedudukan 3-0.

Kemenangan itu mengangkat Wijaya FC ke tangga kelima dengan tiga mata dari dua perlawanan, sementara Indera SC dan MS ABDB yang baru bermain sekali masih berada di atasnya iaitu masing-masing di tangga kedua dan keempat, juga dengan tiga mata.

Liga Super kini diterajui Najip I-Team yang mengumpul empat mata dari dua permainan, manakala Tabuan U-21 menghuni tempat ketiga dengan tiga mata dari satu perlawanan.

Wijaya FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Jerudong FC 3-0.
Wijaya FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan 
Jerudong FC 3-0.
Jerudong FC yang mengalami kekalahan keduanya dari dua permainan terus menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata dan sudah pun dibolosi 10 kali tanpa ada jaringan yang berjaya dihasilkannya setakat ini. – Hasrulraizan

No comments:

Post a Comment