Search This Blog

Monday, May 5, 2014

Hatrik Mohamad Haikal bantu LLRC benam Wijaya


Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 4 Mei – Awangku Mohamad Haikal bin Pengiran Zaidi menjaringkan hatrik untuk membantu LLRC FT mengatasi Wijaya FC di carta Liga Super DST-NFABD dengan kemenangan 3-1 di Kompleks Sukan Tutong.

Kesemua golnya hadir pada separuh masa kedua bermula pada minit ke-62, disusuli dengan gol keduanya sembilan minit kemudian dan satu gol lagi dihasilkannya pada masa kecederaan, ketika Wijaya FC turut mendapat gol saguhati menerusi jaringan Haji Md Halimi bin Haji Abu Bakar.

Kemenangan itu membawa pungutan mata LLRC FT kepada 15 mata selepas melalui sembilan permainan sekaligus membawanya kembali ke kedudukan kelima, dua mata di depan pasukan di tangga keenam iaitu Wijaya FC yang sudah melalui 11 permainan.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE22_0505095946831.jpg


Ak Md Haikal LLRC FT yang berjaya menjaringkan hatrik ketika menentang Wijaya FC dalam aksi Liga Super, semalam.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada kempen tidak menentu Wijaya FC musim ini selepas baru sahaja mencatat kemenangan meyakinkan 4-3 ke atas pasukan tangga ketiga, MS PDB, pada 26 April yang lalu.

Dua lagi perlawanan malam tadi iaitu antara Majra United dengan Jerudong FC di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) dan antara MS ABDB dengan QAF FC di Kompleks Sukan Berakas (KSB) telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Liga Super diteruskan lagi malam ini dengan perlawanan di antara pendahulu Liga Super, Indera SC dengan pasukan di tangga kelapan, Kilanas FC di Padang & Balapan, KSNHB.

No comments:

Post a Comment