Search This Blog

Thursday, May 8, 2014

Najip FC, QAF berkongsi mata


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Najip FC terlepas peluang untuk mengumpul mata yang sama dengan MS ABDB di tempat kedua (19 mata) apabila terikat 1-1 dengan QAF FC, semalam.
Pada perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu, peluang jaringan pembukaan QAF FC pada babak pertama menerusi tandukan Hardi Anak Bujang dibatalkan kerana ofsaid.

Gol sepakan percuma adiknya Md Mardi Mirza bin Abdullah Bujang dari sayap kiri, yang sempat dikuis ke atas oleh Md Shah Azhar bin Abdullah Ahar yang berdiri atas garisan kotak Najip FC menyebabkan bola melambung tinggi melepasi tangan Ron Junior Philip di gawang Najip FC tetapi tidak palang atasnya. Ketika permainan disambung semula, QAF FC tidak lama untuk mendapatkan gol sebenar tiga minit selepas rehat menerusi gerakan cantik Md Adie Arsham bin Md Saleh yang memperdaya pertahanan Najip FC sebelum merembat bola menggunakan kaki kiri melepasi kaki pertahanan Najip FC yang melakukan sliding tackle menuju ke sudut bawah kiri gawang Ron Junior Philip.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE22_0805023146204.jpg

Md Adie Arsham QAF berdepan penjaga gol Najip FC. Md Adie menjaringkan gol cantik ketika seri 1-1 dengan Najip FC semalam.

Dua puluh minit kemudian Md Adie Arsham berpeluang menambah jaringan QAF FC apabila mendapat peluang serupa di kawasan tengah kotak Najip FC menerusi gerakan lincahnya lagi tetapi kali ini menggunakan kaki kanan tetapi melambung tinggi melepasi gawang Najip FC. Selang seminit kemudian Najip FC dihadiahkan sepakan penalti setelah penjaga gol QAF FC, Awangku Shaqil Muiz Pengiran Hashim menurut pengadil telah menolak pemain Najip FC di dalam petak ‘D’ QAF FC dan situasi bola 50-50.

Noor Raimi Karim @ Syahremy menyempurnakan sepakan penalti itu bagi menggegar gawang kanan QAF FC walaupun Awangku Shaqil Muiz melompat tetapi kelajuan bola menewaskannya bagi merubah kedudukan kepada 1-1 pada minit ke-69. Walaupun 10 minit terakhir perlawanan kedua-dua pasukan masih terus mengasak mencari gol kemenangan terutama sekali Najip FC di hujung-hujung perlawanan dengan peluang-peluang terbaik namun semuanya dapat diselamatkan Awangku Shaqil Muiz, maka kedudukan 1-1 kekal sehingga perlawanan tamat.

Keputusan seri tidak merubah kedudukan kedua-dua pasukan dengan Wijaya FC kekal di tangga keenam dengan 14 mata, manakala QAF FC di tangga ketujuh dengan satu mata di belakang, cuma bezanya Wijaya FC sudah bermain 12 kali manakala QAF FC baru 11 kali.

No comments:

Post a Comment