Search This Blog

Thursday, May 22, 2014

MS ABDB teruskan momentum


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – MS ABDB kini hanya empat mata di belakang Indera SC (29 mata) selepas mengalahkan Jerudong FC 4-1 malam tadi, dengan kelima-lima gol hadir pada babak kedua.

Walaupun Indera SC masih ada satu perlawanan dalam tangan berbanding MS ABDB, kemenangan itu cukup untuk terus memberikan tekanan kepada Indera SC yang seolah-olah tiada cabaran menjulang gelaran Liga Super DST-NFABD musim ini kerana setakat ini hanya terlepas dua kali mengutip mata penuh selepas 11 perlawanannya.

Persembahan mantap MS ABDB hanya hadir pada babak kedua selepas berjaya diikat 0-0 di sepanjang babak pertama, dan percaturan diungkap semasa rehat terbukti berkesan apabila seawal minit kedua selepas rehat saja MS ABDB sudah di depan 1-0 hasil jaringan Affendy bin Haji Akup
.
Kedudukan bertambah selesa buat MS ABDB enam minit kemudian apabila Abdul Azizi bin Ali Rahman pula mencetak gol ketiga dan keselesaan itu semakin bertambah dengan jaringan Md Khairul Mee bin Mail pada minit ke-73.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE22_2205023236714.jpg

MS ABDB kini mengumpul 25 mata selepas menang 4-1 ke atas Jerudong FC semalam.

Enam minit kemudian kedudukan berubah menjadi 4-0 apabila Md Yusri bin Suhaili pula menggegar gawang Jerudong FC, dan tatkala MS ABDB masih leka dengan gol keempatnya itu, Jerudong FC mengambil peluang itu untuk mendapatkan gol sagu hati dua minit kemudian.

Keputusan 4-1 berpihak kepada MS ABDB itu memberikan Jerudong FC kekalahan keenamnya dan belum mengecapi satu pun kemenangan, hanya empat seri untuk mengumpul sekadar empat mata setakat ini di tangga tercorot.

MS ABDB pula kini 25 mata, kekal di tangga kedua, tiga mata di depan MS PDB di tangga ketiga, selepas masing-masing bermain 12 kali dengan pendahulu Liga Super Indera SC mengumpul 29 mata selepas 11 perlawanan.

Perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) malam tadi itu merupakan pusingan kedua bagi pertembungan dua pasukan itu dengan perlawanan pusingan pertama pada 18 Mac 2014 lalu dimenangi MS ABDB 5-2.

No comments:

Post a Comment