Search This Blog

Friday, June 20, 2014

LLRC akhiri kempen dengan kemenangan


Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 19 Jun – LLRC FT menamatkan kempen Liga Super DST-NFABD 2014 dengan kemenangan 4-0 ke atas Jerudong FC untuk mengumpul 23 mata keseluruhan dan selesai di tangga kelima, manakala Jerudong FC kekal di tangga kelapan dengan 8 mata selepas 13 permainan.

Pada perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu, LLRC FT hanya mendahului 1-0 di separuh masa pertama, hasil jaringan Md Ghazi bin Haji Ismawi, empat minit sebelum rehat.

Babak kedua menyaksikan LLRC menambah tiga gol lagi bermula dengan jaringan kedua peribadi Md Ghazi untuk LLRC FT mendahului 2-0 pada minit ke-61.

Sepuluh minit kemudian, Md Hakeem bin Keri pula mencatatkan namanya dalam senarai penjaring untuk gol ketiga LLRC FT dan Melvin Anak Nyambong melengkapkan kemenangan besar 4-0 LLRC FT dengan jaringannya pada minit ke-88.

Dengan QAF FC di tempat keenam jauh di belakangnya, baru 14 mata setakat ini, satu-satunya peluang QAF FC memintasnya adalah untuk meraih sembilan mata daripada 12 mata tersedia dari empat baki perlawanannya musim ini.

Walaupun LLRC FT sudah mengharungi 16 permainan, jika nasib menyebelahinya, LLRC FT masih berpeluang merangkul tempat ketiga tetapi 100 peratus bergantung kepada keputusan para pesaingnya iaitu Najip FC, MS PDB dan QAF FC

Keadaan sempurna untuk LLRC meraih tempat ketiga adalah MS PDB tewas perlawanan terakhirnya dengan 5 gol (0-5, 1-6, 4-10), Najip FC tewas kesemua empat baki permainannya dengan jumlah perbezaan gol Najip FC dari empat perlawanan itu mencapai -15 dan Najip FC tidak menjaringkan tujuh gol dan ke atas, dan QAF FC gagal meraih sembilan mata dari empat baki permainannya.

Kedudukan terkini empat pasukan berkenaan ialah Najip FC (12 permainan, 27 jaringan, 13 bolos, +14 perbezaan gol, 23 mata), MS PDB (15 permainan, 29 jaringan, 25 bolos, +4 perbezaan gol, 23 mata), LLRC FT (16 permainan, 34 jaringan, 35 bolos, -1 perbezaan gol, 23 mata) dan QAF FC (12 permainan, 20 jaringan, 22 bolos, -2 perbezaan jaringan, 14 mata).

No comments:

Post a Comment