Oleh Hasrulraizan
Kedudukan di tiga tangga teratas Liga Super masih tidak berubah
dengan Indera SC di puncak mengumpul 35 mata dari 13 permainan, diikuti
rapat MS ABDB dengan 34 mata dari 15 permainan, manakala MS PDB di
tangga ketiga dengan 25 mata dari 13 permainan.
TUTONG, 10 Jun – LLRC FT mengukuhkan kedudukannya di
tangga kelima Liga Super DST-NFABD 2014 apabila menewaskan pencabar
terdekatnya di tangga ke-6, Wijaya FC, dengan jaringan 2-1 di Kompleks
Sukan Tutong malam tadi.
Jika sebelum perlawanan malam tadi, Wijaya FC hanya satu
mata di belakangnya, kini LLRC FT empat mata di depan setelah mengumpul
21 mata dari 15 permainan berbanding 17 mata dari 15 permainan bagi
Wijaya FC.
Kemenangan itu juga mendekatkannya hanya dua mata di
belakang pasukan di tangga ke-4, Najip FC, namun Najip FC baru melalui
12 permainan iaitu kelebihan dua permainan dalam tangan berbandingnya.
Apa yang menarik dari perlawanan malam tadi berkenaan
ialah kesemua tiga gol terhasil di separuh masa pertama bermula dengan
jaringan Jersi 13 LLRC FT, Awangku Md Azrul Ariffin bin Pengiran
Matussin pada minit ke-13.
Penyerang muda berbakatnya, Awangku Md Haikal bin
Pengiran Zaidi, yang baru saja mencapai usia 20 tahun tepat dua bulan
yang lalu, terus menyumbangkan gol buat LLRC FT, kali ini untuk gol
kedua LLRC FT, pada minit ke-27.
Separuh masa pertama hampir berakhir dengan kelebihan
dua jaringan berpihak kepada LLRC FT, namun seminit berlalu di masa
kecederaan, Sigit Prasetia menghidupkan semula semangat rakan-rakannya
apabila berjaya menggegar gawang LLRC FT untuk merubah kedudukan kepada
1-2 untuk dibawa ke separuh masa kedua.
No comments:
Post a Comment