BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Md
Mazazizi bin Mazlan dan Md Khairuddin bin Abdul Kadir masing-masing
menjaringkan dua gol dalam amukan lima gol separuh masa kedua MS ABDB,
sekali gus menukar arus kemenangan kepada 6-2 ke atas LLRC FT.
Bagaimanapun, LLRC FT lebih awal membolosi lawan
menerusi jaringan Md Hakeem bin Keri pada minit ke-27. Namun pendahuluan
1-0 hanya bertahan empat minit apabila pertahanan MS ABDB, Suhaimi bin
Haji Md Yussof menambat kedudukan.
Tatkala kedua-dua pasukan bakal menamatkan separuh masa
1-1, Awangku Md Azrul Ariffin bin Pengiran Matussin membawa LLRC FT
mendahului 2-1 sebelum sepak mula separuh masa kedua.
Tanpa diduga LLRC FT, separuh masa kedua dikawal
sepenuhnya oleh MS ABDB terutama sekali 30 minit terakhir, bermula
dengan Md Mazazizi pada minit ke-60 bagi gol penyamaan, 2-2.
MS ABDB mendahului buat pertama kali pada minit ke-65
menerusi jaringan pertama Md Khairuddin, dan lima minit kemudian lebih
selesa apabila Md Mazazizi menyumbat gol kedua bagi merubah kedudukan
kepada 4-2.
MS ABDB berjaya membolosi LLRC dua kali lagi seminit
sebelum masa sebenar tamat hasil jaringan kedua Md Khairuddin dan
jaringan pertahanan Md Safari Wahit untuk menang 6-2.
Penarikan diri Majra United menyebabkan kesemua mata
lawannya yang menang dan seri dengannya ditarik balik, dan MS ABDB yang
telah menewaskan United dua kali, menyebabkannya terdesak untuk menang
kesemua baki perlawanan.
No comments:
Post a Comment