Search This Blog

Friday, April 20, 2012

HOME UNITED vs BRUNEI DPMM FC

SELAMATKAN KEADAAN: Pemain Home United, Kenji Arai (depan), menyelamatkan keadaan dengan menanduk bola daripada rebutan para pemain DPMM. - Foto KHALID BABA
Mudah cetak
E-mel

20 Apr 2012

SUKAN

LIGA-S
Gol tunggal Mendy hancurkan rekod DPMM

Oleh
Zainal Jamari

  GOL selepas dua minit perlawanan oleh penyerang Home United, Frederic Mendy, menghancurkan rekod belum pernah kalah DPMM FC dalam persaingan Liga-S Great Eastern-Yeo's di Jalan Besar semalam. Bagaimanapun, dengan Tampines Rovers turut kalah di tangan Albirex Niigata dalam satu lagi perlawanan semalam, DPMM masih tetap di tangga teratas liga meskipun kalah. Kesilapan pemain pertahanan DPMM pada awal permainan membolehkan Mendy menjaringkan gol tunggal perlawanan. Daripada satu tendangan lambung yang tidak kelihatan berbahaya, Shahrulrizal Abdul Rahman menanduk bola terus kepada Mendy yang tidak perlu diundang membuat rembatan leret yang menewaskan penjaga gawang DPMM, Mohd Wardun Yussof. Kededua pasukan gagal membolosi gawang satu sama lain selepas itu dan meskipun DPMM banyak melancarkan serangan, mereka kurang daya kreativiti apabila berada dalam kotak Home. Bagaimanapun, peluang terbaik mereka menyamakan kedudukan tiba pada minit ke-77 apabila tandukan Osman Bashiru memaksa penjaga gawang Home, Lionel Lewis, bertindak cemerlang menolak bola ke atas palang. Home juga mencipta beberapa peluang jaringan, terutama Mendy yang begitu lincah dan sentiasa mengancam. Di Stadium Jurong, Tampines tumbang kepada gol jaringan Y. Yamakoshi pada minit ke-60 dan sekali gus terlepas peluang memintas DPMM di tangga teratas.

No comments:

Post a Comment