BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – IKLS FC berjaya menewaskan Lun Bawang
4-3 semasa perlawanan terakhir masing-masing bagi kempen Liga Super DST
2015 namun kemenangan itu masih belum cukup untuk IKLS FC memintas Lun
Bawang di tempat kelapan liga walaupun sama-sama mengumpul 12 mata.
IKLS FC walaupun mempunyai jaringan lebih tinggi (27 gol) berbanding
Lun Bawang (26 gol) tetapi bolosnya terlalu tinggi iaitu 62 gol
(perbezaan gol -35) berbanding 49 bolos (perbezaan gol -23) buat Lun
Bawang, yang menyebabkan IKLS FC kekal menghuni tangga kesembilan.
Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Berakas (KSB) berkenaan, Amir
Bujang membawa Lun Bawang ke depan pada minit ke-11 namun segera
disamakan oleh Awangku Mohd Abdul Halim bin Pengiran Haji Hassan dua
minit kemudian menerusi sepakan penalti.
Amir Bujang sekali lagi menemui sasarannya di gawang IKLS FC pada
minit ke-17 tetapi tiga minit berselang kedudukan menjadi seimbang
semula, 2-2, apabila Abdul Hafiz bin Azmin menjaringkan gol buat IKLS
FC.
IKLS FC menang 4-3 ke atas Lun Bawang dalam perlawanan menarik Liga Super DST 2015.
IKLS FC buat pertama kalinya mengemudi perlawanan apabila Awangku
Mohd Abdul Halim berjaya merembat bola masuk ke gawang Lun Bawang pada
minit ke-32.
Namun sepuluh minit kemudian menjadi giliran Lun Bawang pula untuk
menyamakan kedudukan, kali ini dengan jaringan 3-3 menerusi jaringan
Mohd Alikhan bin Haji Mohd Yakob.
Kedudukan 3-3 itu bukan saja kekal sehingga rehat bahkan hampir
keseluruhan separuh masa kedua sehinggalah pada minit-minit terakhir
perlawanan apabila Abdul Hafiz mencatat gol kedua peribadinya untuk gol
keempat IKLS FC pada minit ke-89, yang sekali gus menjadikan kedudukan
4-3 itu jaringan muktamad perlawanan.
No comments:
Post a Comment