Search This Blog

Monday, December 21, 2015

MS ABDB rangkul Piala FA DST 2015

  • Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 Disember. - Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) menjulang Piala FA DST 2015 apabila muncul juara selepas menundukkan pasukan Indera SC dengan jaringan 3-2.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini menyaksikan pada babak pertama kedua-dua pasukan cuba menciptakan jaringan, namun serangan bertubi-tubi yang silih berganti tetap tidak mampu menembusi gawang antara satu sama lain.

201215 AMIRUL PIALA DST 01a ms abdb rangkul piala fa dst 2015
AHLI Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof
menyampaikan Piala FA DST 2015 kepada pasukan MS ABDB.

Tendangan keramat yang dilakukan oleh Soldadu Awang Mohd. Aliuddin bin Awang Haji Besar pada minit ke-5 dalam babak pertama meletakkan pasukan tentera ini dalam kedudukan selesa.

Usaha MS ABDB untuk memboloskan gawang pihak lawan tidak terhenti begitu sahaja apabila pada minit ke-12, Soldadu Awang Razimie bin Ramli menambah gol kedua bagi pasukan tersebut.

Walaupun pasukan MS ABDB berjaya menyumbatkan gol, pasukan Indera SC malam ini juga mempamerkan permainan yang menarik dan terus berusaha membuat beberapa serangan dan percubaan untuk menyaingi pihak lawan.
201215 AMIRUL PIALA DST 02 ms abdb rangkul piala fa dst 2015
PEMAIN penyerang pasukan MS ABDB (jersi hitam) cuba merebut bola dari penjaga gawang pasukan Indera SC
(jersi hijau) dalam Perlawanan Akhir Piala FA DST 2015 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pada minit ke-23, hantaran kemas daripada Soldadu Awang Abd. Azizi Ali Rahman sekali lagi berjaya menyumbangkan gol bagi pasukan MS ABDB yang membawa kejayaan pasukan tentera ini dan membuatkan pasukan Indera SC hilang tumpuan permainan.

Sementara itu pada babak kedua pula, pasukan Indera SC berjaya menghasilkan gol pertama bagi pasukan berkenaan hasil sepakan penalti pada minit ke-71 daripada Awang Mohd. Asri bin Haji Aspar.

Kini pasukan Indera SC mengubah rentak permainan mereka dan berharap akan menghasilkan beberapa jaringan gol menembusi pertahanan pihak lawan.

201215 AMIRUL PIALA DST 03 ms abdb rangkul piala fa dst 2015
PASUKAN MS ABDB juara Piala FA DST 2015.

Perkara itu menjadi kenyataan apabila sekali lagi pasukan Indera SC berjaya menembusi gawang gol hasil hantaran daripada Awang Muhd. Nur Ikmal bin Damit pada minit ke-90.

Juara menerima hadiah berupa wang tunai BND7,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal, sementara naib juara menerima hadiah wang tunai BND5,000 bersama piala iringan dan medal yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, selaku tetamu kehormat.

2 comments:

  1. yeah talk to dad about 30 is K hey okay for me I am up colonel in the middle of filming Derma Promedics by what happened at the drugstore on video Aaron I want to come back with my last and final I think so air casually for 11 I'm last time we talked I told you directed at me too touch OK.

    http://masspmmusclegrowth.com/derma-promedics/

    ReplyDelete
  2. Department Stiller& Co press division Herman’s decent for queasiness and bloating and it's really Peter Spiro it's one of my most loved spins Pearl E Whites and you can utilize it as you can rub you over the valley you truly adherents likes and cook dinner or evaluating your I'll to sort of seal the well and there are no other well we suggest is that the six .

    http://masspmmusclegrowth.com/pearl-e-whites/

    ReplyDelete