BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – DSP United hampir menjadi kelab non-liga
kedua mara ke peringkat suku akhir Piala FA DST 2015 mengiringi Tabuan
B16 sebelum tumbang 4-3 dalam sepakan penalti penentuan kepada Tabuan
Muda apabila terikat 1-1 dalam masa sebenar untuk agregat 5-4.
DSP United memimpin perlawanan di Kompleks Sukan Berakas (KSB)
berkenaan menerusi jaringan Wan Firdaus bin Haji Hamidon pada minit
ke-26 dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga separuh masa pertama
berakhir.
Separuh masa kedua menyaksikan Tabuan Muda lebih agresif menyerang
tetapi tuah nampak seolah-olah menghindari mereka apabila mereka
terlepas beberapa peluang keemasan yang sepatutnya menghasilkan gol.
Lebih membimbangkan lagi apabila percubaan-percubaan bahaya itu
datang daripada penjaring utamanya, Mohd Nur Syazwan bin Halidi yang
sepakannya sering melangkaui palang tatkala hanya berdepan penjaga gol
dan ketua pasukan, Mohd Shafie bin Mohd Effendy yang terlepas menyepak
bola masuk di tepi tiang gol tatkala penjaga gol lawan sudah tertewas. Aksi
Piala FA DST 2015 di KSB antara Tabuan Muda (hitam) dengan DSP United
yang berkesudahan agregat 5-4 selepas sepakan penalti penentuan.
Namun tiada siapa dapat menjangka di sebalik nasib malang yang
menghantar pesan kehampaan kepada seluruh Tabuan Muda itu, tiba-tiba
sepakan lambung tinggi tidak bahaya Awangku Mohd Faezuddin dari sayap
kanan pula masuk menerjah gawang DSP United.
Melihat bola yang betul-betul turun menujunya itu, penjaga gol DSP
United tanpa sebarang cabaran daripada pemain lawan kerana tiada pemain
lawan berada dekatnya pada masa itu, melompat tinggi untuk mendapatkan
bola tetapi perkiraannya nampak silap apabila lompatannya sedikit ke
depan menyebabkan bola jatuh di belakangnya.
Demi membetulkan keadaan dan memastikan bola tidak terlepas, penjaga
gol DSP United membengkokkan badan dan tangannya ke belakang sehingga
sempat menepis bola menggunakan hujung jarinya yang malangnya ‘menolak’
bola masuk ke gawang sendiri pula.
Jaringan penyamaan tidak terduga pada kedudukan tidak bahaya yang
berlaku pada minit ke-74 itu menggembirakan Tabuan Muda dan sebaliknya
menghampakan pemain DSP United sehingga ada yang terus terbaring di atas
padang.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga perlawanan berakhir sekali gus memaksa
perlawanan disambung ke masa tambahan. Namun masa tambahan masih tidak
dapat memisahkan kedua-dua pasukan dan perlu ditentukan menggunakan
sepakan penalti penentuan yang berkesudahan 4-3 memihak Tabuan Muda.
Mohd Nur Syazwan, Mohd Khairil Shahme bin Suhaimi, Nurul Hadi dan Mohd
Khalid Wassadisalleh bin Haji Mahmud berjaya menyempurnakan sepakan
penalti masing-masing untuk Tabuan Muda.
Manakala hanya tiga daripada lima pemain DSP United berjaya dalam
sepakan penalti masing-masing iaitu Pengiran Mohd Rijaluddin bin
Pengiran Haji Rajid, Mohd Adhwa Waliyuddin bin Haji Roslani dan Muhd
Rakin bin Ramli.
Muscle groups they desire relax also They cannot mend adequately through previous workout routines if they may not be rested plenty of At the most educate them two times per week Pro Muscle Fit When you desired to increase ones biceps anyone couldnt perform curls each day do you Certainly not necessarily You should function them a few times a week Your.
Muscle groups they desire relax also They cannot mend adequately through previous workout routines if they may not be rested plenty of At the most educate them two times per week Pro Muscle Fit When you desired to increase ones biceps anyone couldnt perform curls each day do you Certainly not necessarily You should function them a few times a week Your.
ReplyDeletehttp://www.supplement4fitness.in/pro-muscle-fit.html