Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Final Piala FA DST 2015 akan menyajikan pertemuan klasik antara dua seteru tradisi, MS ABDB dan Indera SC, yang menjanjikan klimaks hebat penutup tirai Musim Bolasepak DST-NFABD 2015 pada 19 Disember 2015.
Perlawanan hebat dua pasukan terkuat tanahair berkenaan akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula pukul 9:00 malam, dengan hadiah utama berupa Piala Rebutan FA, piala iringan juara, pingat emas dan wang tunai $10,000 menjadi rebutan.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Sidang Media Piala FA DST 2015 telah pun diadakan di NFABD House petang ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertandingan NFABD, Haji Abdul Razak bin Haji Hasbullah. Mewakili MS ABDB ialah Pengurusnya, Mejar (U) Razanol Hardi Abdul Razak dan Ketua Pasukannya, Lans Koperal Awangku Mohd Safri bin Pengiran Haji Othman, sementara Indera SC diwakili Ketua Pasukannya, Awang Sahrin bin Momin.
“Kami akan rampas Piala FA DST daripada tangan MS ABDB sebagaimana mereka merampas Piala Juara Liga Super DST daripada kami musim ini”, ujar Awang Sahrin penuh semangat sambil menjelaskan bahawa Piala FA DST merupakan satu-satunya piala yang belum pernah Indera SC menangi setakat ini.
Awangku Mohd Safri pula menegaskan MS ABDB akan bermain bersungguh-sungguh untuk memastikan Piala FA DST kekal di tangan mereka sekali gus mencipta sejarah hatrik memenanginya tiga tahun berturut-turut dan selaku satu-satunya pasukan yang pernah memenangi Piala FA DST sejak ia diperkenalkan pada 2013.
Bukan itu saja, MS ABDB turut berpeluang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama berjaya memenangi kedua-dua piala berprestij, Liga Super DST dan Piala FA DST dalam musim yang sama setelah berjaya menjuarai Liga Super DST buat pertama kalinya musim ini dengan mengumpul 49 mata, tujuh mata di depan Indera SC selaku naib juara.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu di final Piala FA DST pada 2013 yang dimenangi MS ABDB, sekali gus meranapkan impian Indera SC meraih gelaran “Juara Berganda” pada 2013, gelaran yang mungkin menjadi milik MS ABDB jika berjaya menang pada final esok (Sabtu, 19 Disember).
Mejar (U) Razanol Hardi mengakui pasukannya selaku juara bertahan menghadapi tekanan lebih tinggi berbanding Indera SC. Menurutnya kedua-dua pasukan memiliki tahap kemahiran yang sama, hanya persembahan dan nasib pada satu malam dan satu perlawanan di final yang akan menentukan siapa layak bergelar juara.
Walaupun terpaksa melalui lebih satu perlawanan berbanding Indera SC dalam laluannya ke final, selain jadual perlawanan yang rapat terpaksa ditempuhinya, Mejar (U) Razanol Hardi menganggap itu semua hanya cabaran dalam laluan MS ABDB untuk membuktikan ia berhak menjadi pasukan terkuat di Negara Brunei Darussalam.
Beliau turut menyangkal sangkaan sesetengah orang bahawa MS ABDB tidak bermain bersungguh-sungguh semasa keputusan seri 2-2 dalam perlawanan penutup tirai Liga Super DST 2015 pada 13 Disember lalu menentang Indera SC, bahkan menegaskan MS ABDB sentiasa bermain untuk menang.
Perlawanan itu jelas membuktikan bahawa kedua-dua pasukan sama hebat dan sama kuat, maka para peminat bolasepak tanahair pasti boleh menjangkakan perlawanan hebat atau lebih hebat lagi di final Piala FA DST 2015 esok (Sabtu, 19 Disember), tambahnya.
Indera SC tidak mengutamakan mana-mana piala, semuanya ingin Indera SC menangi, ujar Awang Sahrin. Begitu juga MS ABDB ujar Mejar (U) Razanol Hardi, “Kami anggap semua perlawanan adalah perlawanan pertama yang perlu kami menangi, dan ini tiada bezanya dengan final Piala FA DST 2015.”
Kedua-dua pasukan dapat menurunkan kesebelasan utama masing-masing di final berkenaan, melainkan pertahanan kiri Indera SC, Muis bin Sisa akibat kecederaan, sebagaimana didedahkan oleh Sahrin semasa sidang media berkenaan.
Kedua-dua pasukan masing-masing sudah dapat mengenal pasti pemain lawan yang perlu diberikan perhatian dan telah bersiap sedia dengan taktikal masing-masing untuk meneutralkan lawan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan.
Haji Abdul Razak menyeru orang ramai supaya beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir seimbang yang menjanjikan persaingan hebat itu, lebih-lebih lagi perlawanan itu menjadi penutup tirai Musim Bolasepak NFABD-DST bagi Musim 2015 ini.

Keel exhaling can't you really want to engage the spine from the bottom a almost like a way noticed that my shoulders are not scrunching up by my years still keeping them nice Perfect Biotics back protecting my neck back to tabletop here again we're going to hold for a few breaths we're going to prepare to take up one make and the opposite arm so make sure that you’re really tight in here I want.
ReplyDeletehttp://t-rexmusclefacts.com/perfect-biotics/
are realizing what an examination of the day Joshi was pizza spot website with the business sector esteem billions recompense Cash Camp GM which has a lower market blade that is my small irritating little examination so I only a unique little something that were just tossing major sounds to me like a Super Mario amusement where you go-around and you gather the bit coins you click here yet I don't know I I’ve been as I said to you before I have been it.
ReplyDeletehttp://t-rexmusclefacts.com/cash-camp/
spry hmm scratch if you like my channel on yeah spinoff x-men here doesn't I'm sold to get annoyed anyway hockey game later be having a great day Hyderabad Phil for ticket welcome once Alvena Skin again through the government channel we r Channel nine and I at my pleasure to be with you and to introduce you to Gina claw she's.with him theory division the American Heart Association I know everybody knows the American Heart Association and its .
ReplyDeletehttp://bleusapphirefacialserum.com/alvena-skin/Alvena Skin/
Dr. Ruth, very precise terms, not frills replied, "Glad to hear about the lifestyle triathloning I guess you know now, I am a firm believer in it! I did the first Iron me a man 24 years ago, and as I said in the" senior fitness, "I do mini Tri every morning and still love it! You must disagree with you, however, to call for a diet that includes eggs, chicken and sardines as "pristine." animal protein and animal fats wreak havoc. In one body, and I would certainly look at that as the cause of the collapse you and I am convinced that we do not mean that eating animal foods for the following reasons:
ReplyDeleteRe@d complete info =====>>>>> http://www.musclestacks.org/perfect-biotics
So, assuming you are not a vegetarian or vegan, you should make sure you eat a lot of red meat and dairy products, as well as eggs in order to get enough of saturated fats in your diet.
ReplyDeletehttp://www.musclestacks.org/nucific-bio-x4