BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Tabuan Muda mengejutkan finalis yang
tewas tahun lalu, Najib i-Team dengan jaringan tipis 1-0 untuk mara ke
separuh akhir Piala FA DST 2015 sekali gus membuat temu janji dengan
juara bertahan, MS ABDB.
Bernasib baik mencatat keputusan seri 1-1 dengan DSP United pada
pusingan ketiga akibat kesilapan penjaga gol DSP United sebelum menang
4-3 menerusi sepakan penalti penentuan untuk menang agregat 5-4, nasib
baik terus mengiringi kempen Piala FA DST 2015 Tabuan Muda, kali ini
menerusi jaringan sendiri pemain lawan.
Pertarungan sengit di Kompleks Sukan Berakas (KSB) itu tidak
menyaksikan sebarang gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan ke atas
lawan masing-masing, hanya jaringan sendiri Mohd Noh bin Haji Mat Johari
pada minit ke-81 menjadi penentu perlawanan. Tabuan Muda (hitam) menang 1-0 ke atas Najib i-Team untuk mara ke separuh akhir Piala FA DST 2015.
Kekalahan ke atas Najib i-Team itu sekali gus menidakkan peluang
Najib i-Team menebus kekalahannya di perlawanan akhir Piala FA DST 2014
ke atas MS ABDB, lawan yang sedang menanti di separuh akhir tetapi
sebaliknya memberi laluan kepada Tabuan Muda membuktikan kehebatan
mereka menidakkan perlawanan akhir buat juara bertahan berkenaan.
Kemaraan MS ABDB ke separuh akhir sudah cukup hebat apabila mudah
menjinakkan Kasuka FC dengan jaringan 5-1 di suku akhir pada 9 Disember,
menyambung rentetan kemenangan hebatnya 9-1 ke atas Wijaya FC pada 4
Disember disusuli dengan menewaskan Jerudong FC 3-1 pada 7 Disember.
No comments:
Post a Comment