Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Jerudong FC mencatat kemenangan pertamanya dalam persaingan Liga Super DST-NFABD 2014 malam tadi apabila menang 2-0 ke atas pasukan yang menewaskannya 3-4 di pusingan pertama pada 7 Mei lalu, Kilanas FC.
Pada perlawanan pusingan kedua di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu, kedua-dua gol Jerudong FC terhasil dalam tempoh tiga minit penting di separuh masa pertama iaitu pada minit ke-23 dan ke-25.
Penjaring dua gol Jerudong FC dalam kekalahan 3-4 kepada Kilanas FC ketika pertembungan antara keduanya di Kompleks Sukan Berakas di pusingan pertama iaitu Md Asnawi Syazni bin Abdul Aziz yang baru berusia 18 tahun itu sekali lagi berjaya mencari ruang kelemahan pertahanan Kilanas FC untuk mencipta jaringan bagi gol pertama Jerudong.
Dua minit berselang selepas itu Jerudong FC seakan tidak percaya
sudah selesa mendahului 2-0, kali ini hasil jaringan Hidayatur Rahim bin
Aliuddin pula, dan kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama
tamat.
Gol Hidayatur Rahim itu terbukti menjadi gol penutup tirai perlawanan setelah kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa kedua, menghampakan penyokong kedua-dua pasukan yang menjangkakan pesta gol akan berlaku lagi sebagaimana di pusingan pertama yang menyaksikan sejumlah 7 gol terhasil di antara keduanya.
Melalui kemenangan pertamanya pada perlawanan ke-11, Jerudong FC berjaya merangkak keluar dari tangga tercorot ke tangga kesembilan Liga Super dengan kini mengumpul 7 mata, dua mata di depan Majra United yang baru bermain lapan kali di tangga tercorot, dan tiga mata di belakang Kilanas di tangga kelapan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Jerudong FC mencatat kemenangan pertamanya dalam persaingan Liga Super DST-NFABD 2014 malam tadi apabila menang 2-0 ke atas pasukan yang menewaskannya 3-4 di pusingan pertama pada 7 Mei lalu, Kilanas FC.
Pada perlawanan pusingan kedua di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu, kedua-dua gol Jerudong FC terhasil dalam tempoh tiga minit penting di separuh masa pertama iaitu pada minit ke-23 dan ke-25.
Penjaring dua gol Jerudong FC dalam kekalahan 3-4 kepada Kilanas FC ketika pertembungan antara keduanya di Kompleks Sukan Berakas di pusingan pertama iaitu Md Asnawi Syazni bin Abdul Aziz yang baru berusia 18 tahun itu sekali lagi berjaya mencari ruang kelemahan pertahanan Kilanas FC untuk mencipta jaringan bagi gol pertama Jerudong.
Md Asnawi Syazni menjaringkan gol pertama Jerudong FC pada minit ke-23 dalam kemenangan 2-0 ke atas Kilanas FC, semalam.
Gol Hidayatur Rahim itu terbukti menjadi gol penutup tirai perlawanan setelah kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa kedua, menghampakan penyokong kedua-dua pasukan yang menjangkakan pesta gol akan berlaku lagi sebagaimana di pusingan pertama yang menyaksikan sejumlah 7 gol terhasil di antara keduanya.
Melalui kemenangan pertamanya pada perlawanan ke-11, Jerudong FC berjaya merangkak keluar dari tangga tercorot ke tangga kesembilan Liga Super dengan kini mengumpul 7 mata, dua mata di depan Majra United yang baru bermain lapan kali di tangga tercorot, dan tiga mata di belakang Kilanas di tangga kelapan.
No comments:
Post a Comment