Search This Blog

Wednesday, May 21, 2014

Kilanas, LLRC FT berkongsi satu mata

Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 20 Mei – Kilanas FC diambang kekalahan ke-10 musim ini namun gol Naasiruddeen bin Abdul Wahab pada masa kecederaan (90+3) membolehkan pasukannya berkongsi satu mata dengan LLRC FT.

Md Hakeem bin Keri membuka tirai jaringan di Kompleks Sukan Tutong malam tadi itu pada minit kesembilan untuk LLRC FT mendahului 1-0, dan kedudukan bertambah selesa buat LLRC FT apabila Awangku Md Azrul Ariffin bin Pengiran Matussin menjadikan kedudukan 2-0 lima minit sebelum rehat.

Ketinggalan 2-0, Kilanas FC terus melancarkan serangan selepas rehat dan mereka tidak perlu menunggu lama untuk mencantas pendahuluan LLRC FT apabila jaringan Pengiran Md Sallehudin bin Pengiran Sarifudin hadir pada minit ke-47.

Usaha Kilanas FC membuahkan hasil lagi pada minit ke-65 apabila Abang Hariz bin Abang Hadzman pula menyumbangkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-2. Melvin Anak Nyambong pula mengejutkan pertahanan longgar Kilanas FC pada minit ke-85 untuk LLRC FT mendahului 3-2.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE23_2105023209637.jpg

Kilanas FC menafikan kemenangan LLRC FT apabila menyamakan kedudukan pada masa kecederaan untuk seri 3-3 di Tutong semalam.

Bolos ketiganya malam tadi membuktikan barisan belakang Kilanas FC masih bermasalah yang sebelum perlawanan malam tadi sudah dibolosi 38 kali, yang merupakan bolos tertinggi di antara semua pasukan Liga Super setakat ini, dan dengan tiga gol malam tadi, jumlah bolosnya sudah mencecah 41 gol.

Kejayaan mengutip satu mata itu bagi membawa jumlah matanya kepada 10 itu walaupun tidak berupaya melonjakkannya ke kedudukan lebih baik tetapi cukup untuk menambah jaraknya dengan dua pasukan di bawahnya, Majra United (5 mata) dan Jerudong FC (4 mata).

Manakala kegagalan mengutip tiga mata buat LLRC FT memberikan tamparan hebat kepada usahanya mencabar kedudukan tiga teratas, lebih-lebih lagi pada tiga perlawanan terakhirnya hanya mampu mengutip dua daripada sembilan mata tersedia.

Bagaimanapun tambahan satu mata dari perlawanan ke-12 itu cukup untuknya melonjak ke atas Wijaya FC dengan jumlah mata yang sama, 17, tetapi menang dari sudut perbezaan jaringannya yang berjumlah -1 (24 jaringan dan 25 bolos) berbanding -9 bagi Wijaya FC.

No comments:

Post a Comment