BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Pemain Majra United, Awang Faizal bin Mohammad digantung selama lima tahun bermula 14 Mei 2014 selepas menyerang pengadil ketika menentang MS ABDB dalam aksi Liga Super manakala pasukannya didenda $500, menurut kenyataan NFABD hari ini.
Dalam kenyataan itu, NFABD memandang serius insiden berkenaan dan tidak akan bertolak ansur dengan kejadian 13 Mei 2014 pada minit ke-59 di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal itu.

Awang
Faizal bin Mohammad dilarang menyertai semua aktiviti bola sepak selama
lima tahun selepas didapati bersalah menyerang pengadil.
Ketika perlawanan dihentikan, MS ABDB mendahului 3-0 dan dengan kemenangan itu, MS ABDB menduduki tangga kedua Liga Super DST-NFABD dengan 22 mata, tujuh mata di belakang pendahulu liga Indera SC selepas 11 perlawanan.
Manakala Majra United kekal di tangga kesembilan dengan 5 mata selepas baru bermain sembilan kali musim ini.
No comments:
Post a Comment