Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Wijaya FC dan MS ABDB berkongsi kekecewaan di Kompleks Sukan Berakas malam tadi apabila kedua-duanya gagal menjaringkan sebarang gol untuk mencatat keputusan seri 0-0.
Keputusan itu jelas jauh berbeza berbanding keputusan perlawanan pusingan pertama antara keduanya pada 4 Mac lalu dengan penghasilan sehingga mencecah 10 gol yang berpihak kepada MS ABDB dengan jaringan 7-3.
Perlawanan yang dijangka menghasilkan beberapa biji gol jika melihat kepada keupayaan penyerang kedua-dua pasukan itu sedari awal lagi sudah menampakkan kehambaran corak permainan kedua-dua buah pasukan yang lebih banyak menggunakan hantaran-hantaran jauh.
Taktik hantaran jauh itu jelas tidak berkesan apabila pertahanan kedua-dua pasukan sering dapat membaca hantaran itu dan dengan mudah mengawal keadaan, namun saling berbalas-balas hantaran jauh itu jelas membosankan penyokong kedua-dua pasukan.
MS ABDB yang lebih banyak mengawal bola kadang-kadang kelihatan cuba melakukan hantaran-hantaran bola laju terus ke depan untuk dikejar penyerang pantasnya namun kedudukan pertahanan tinggi yang diamalkan Wijaya FC jelas menyukarkan taktik berkenaan apabila acap kali bola-bola itu sekadar bergolek laju ke dakapan penjaga gol Wijaya FC.
Hanya berjaya mengutip satu mata dari perlawanan ke-10 itu, MS ABDB kekal di tangga kedua dengan 19 mata, hanya satu mata di depan MS PDB, tetapi memberi kesan negatif apabila ia menyebabkannya ketinggalan jauh tujuh mata di belakang Indera SC, dengan jumlah permainan yang sama bagi ketiga-tiga pasukan, 10 kali.
Wijaya FC turut kekal menghuni tempat ke-enam dengan 14 mata daripada 12 perlawanan, hanya satu mata di belakang LLRC FT yang baru bermain 9 kali, dan tiga mata di belakang pasukan di kedudukan keempat, Najip FC yang sudah bermain 10 kali.

No comments:
Post a Comment